i had this for dinner n lunch~

 Jambu Batu

Tembikai Merah
Category: 0 comments

bila masa aku beranakkn budak neh..????

alkesah bermulalah ceritera.... satu hari yang bening n panas aku g berjln ke Square One BP ngn adek aku. jgn terkejut yerk klu rasa2 xpenah dgr nama mall neh. sbb org bp panggil mall nih dgn nm yang pelbagai. ada yang panggil carrefour, parkson, square one. yeah, suits urself nk panggil apa sbb kt luar bangunan mall neh byk sgt nama terpampang besar. aku plk, kdg2 panggil mall neh parkson, kdg2 aku men bantai sebut kefo jerk. mn2 jer lah~

long story short. sedang aku berurusan ngn penjual blender (abg bj putih yg duduk) tuh. sila tgok gamba di atas. aku berada di tpt ank pnh merah tuh. masa aku berdiri kt s2, juz aku, penjual tuh ngn assistant (bj kelabu) dia jerk. xde sesapa pon. adek aku xnk amek port, g kt mn nth dak tuh.

tiba2 aku dgr sore budak laki berkata2 namun aku abaikan jerk.

"Ape tu?"

menyedari xde sesape respon soklan dia, dak tuh pon pegang tepi jeans aku n menggoyang2knnya. aku masih xpedulikn dak tuh.

"ma, ape tu ma?"

zasss.... laju jer aku pandang budak tuh kat sblh kiri aku. budak laki. aku pandang dia, dia pandang aku. otomatik, aku yang terkesima kebingungan pon berkata dgn wajah panik:

"bukn, bukan bukan... " sambil menggoyang2kn kepala tanda menafikan dan tangan terawang2 menidakkan.

budak tuh yang seolah2 tersedar yg aku nih org asing yang xdikenali, terus jer lari ke kanan aku melalui belakang aku. ala2 adap knk2 yang berjln belakang org yang lebih tua g2... aku yang masih terkesima ikut memandang dak tuh yg berlari2 ke arah seorang lelaki dws dgn sebuah troli. derang menuju ke arah Carrefour. aku nmpk dak tuh berckp2 dgn lelaki dewasa yg aku anggap bapak dia lah kot.. huh huuu.....

kejadian nih berlaku terlalu pantas, hinggakan aku xsempat pk panjang sblm bereaksi. hoh hoooo...... aku masih lg terkejut walaupon lepas dak tuh g tinggalkn aku. ahahaa... aku teros pk, BILA MASA AKU BERANAKKAN BUDAK TUH????? MA????? aku masih tertanya2. aku ternmpk kelibat adek aku yg bulat mata pandang aku. aku pandang adek aku balik. pastu, xtahan nk gelak aku. adek aku rupe2nya menyaksikan aksi spontan dak tuh. tersengih2 xcaya adek aku. aku apa lgk, nk terguling akibat kebingungan~

aku pk, mungkin susuk bdn aku mcm mak dia kot klu tgok dr blkg... heh heee... ^ ^Y peace, no war~ sebu rasa dada aku seketika. oh hohooooo
Category: 0 comments

Movie Review: SAM (sAYA aMAT mENCINTAIMU)


aku mengaku, tujuan asal aku tgok citer nih sbb aku nk tgok lakonan pelakon comel yang amat aku minati iaitu xlain xbkn si Saheizy Sam. terus terang aku katakan, aku xmengharapkan "miracle" dari hasil air tangan pengarah muda merangkap anak si Yusof Haslam neh. tp, to my surprise, kekuatan filem ini bkn sahaja dari dukungan lakonan hebat saheizy, tp juga garapan pengarahan pengarah muda ini cukup mengejutkan. aku telah memandang rendah bakat pengarah muda, Syafiq Yusof.

Syabas diucapkan kerana pelaburan yang dikeluarkan ternyata mempunyai kualiti nyer yang tersendiri. sinopsis pilem neh:

SAM dan LISA adalah sepasang merpati sejoli yang dicemburui oleh ramai staff di tempat mereka bekerja. kedudukan LISA sebagai setiausaha SAM menjadi buah mulut staf2 lain kerana bagi mereka SAM dan LISA tidak padan dari segi fizikal, dimana LISA seorang hot stuff yang digilai ramai sedangkan SAM seorang lelaki biasa yang manis dipandang (chewahh. ini pandangan aku sdrk jerk. hih hiiii..)

seorang staff psychopath menggilai LISA dan sering mengganggu LISA sehingga membawa kepada SEXUAL HARASSMENT di tpt kerja. keaaan ini menjadi semakin buruk apabila bekas kekasih LISA mula bekerja di syarikat yang sama dan menjadi staff bawahan SAM.

rahsia hitan yang disimpan kemas selama ini terungkai satu demi satu dan menyelak kembali lembaran gelap yang telah lama dilupakan oleh SAM. tonton citer nih utk gambaran lebih menyeluruh. aku bg 7.6 utk citer neh~ tonton, jgn xtonton yerk.

p/s: lakonan SHAHEIZY SAM mmg tidak mengecewakan!! tp, satu jerk. aku xske ending nyer... sedih plk. aku nk HAPPY ENDING... huwaaaa...!!!!!
Category: 0 comments

Movie Review: Seram Sejuk~


Sebagaimana tajuk filem nyer, seperti itulah sejuknya pawagam yg menayangkan citer nih. hih hiii... cite ni kan... klaka sgt. filem serius komedi yang diketengahkan mmg cukup selambe menggeletek usus aku sampai terpintal dan tersimpul mati. kuar dr panggung pon aku masih xdpt tahan gelak sbb klaka sgt laa citer neh.

sinopsis sket. citer nih berkisar kehidupan syakir yang tinggal menyewa di rumah kakaknya sendiri namun perlu membayar sewa seperti org asing. syakir bekerja dgn sebuah produksi yang hampir  muflis dek kerana xde job untuk dibuat pusingan modal. satu hari salah seorang pekerja di prouksi itu mengambil inisiatif menggunakan khidmat seorang bomoh penipu utk mendapatkan job. hasilnya, seorang rocker purba lakonan zul suphian jatuh dalam perangkap mrk hingga bersetuju menerbitkan video klip dengan produksi tpt syakir bekerja sbg pelaris bg jualan album baru nyer. landi mempertaruhkan lagu "meroket ke bintang" untuk meraih semula populariti dirinya yang semakin pudar dan kelam.

Landi, rocker yang xsedar diri bersama2 team produksi berkumpul di sebuah kawasan peranginan dalam hutan yang sgt cantik utk membikin video klip "meroket ke bintang". tanpa mereka ketahui, ada roh gentangan yang menghuni kawasan itu mula syok dgn syakir lebih2 lagi apabila ia mengikut team produksi itu pulang ke kuala lumpur setelah sebuah loket pusaka milik roh itu dikutip dan disimpan oleh syakir. mereka diganggu roh itu sehingga merka pulang semula ke kuala lumpur dgn tegesa2.

di kuala lumpur adengan seram2 sejuk berterusan sehingga mampu memecahkan saluran hempedu korang. adakalanya punch line dalam setiap scene menujah bertalu2 sehingga cacing pita dlm perut aku bergegar ketakutan. :) filem ini wajib tonton bagi mereka2 yang kehilangan sinar dan hidup dek kekelaman kebosanan. tengok... jgn xtengok.... yer.... !!!!

fully recommended utk memecahkan kegalauan hati korang~~~ :) :) :) :) my rate is a 9 out of ten. utk sebuah filem melayu, byk tol markah rate aku yerk. heh heee.. g tgok yah!!! *wink3

Category: 0 comments

Speaking English


lama dah aku xpraktik speakin' in english neh. wah hahaa... poyo jerk!! org2 kt tpt keje baru nih terror ber'english'. serius, xtipu, even dlm meeting pon ada jerk yg nk selitkan bhs omputih tuh. bagoslah, at least, adalah member nk ajk bertutur dlm bhs tersbt. klu dulu, aku bebel sengsorang jerk. pastu dptlah kata2 'pujian' yang sgt lapok dari org2 yang rajin plk nk berbual ngn aku. i really mean lapok n cliche. asek ckp mende yg sama jerk about me can teach english, about me speaking berhabuk n sort. mcm xde isu lain o idea utk meneruskan perbualan. cliche, bosan n tired nk dgr, tp, tahan jerk. n paling bosan klu perbualan tuh mesti nk diselitkn dgn isu aku yang digosipkn ngn sesiapa jerk n bla3.. watever! tired..!!

well, nmpknya aku xperlu lah nk humble sgt when it comes to speaking in foreign language, right..? hmm.... oke, thx for reading! nk citer tu jerk. heh heee...
Category: 0 comments

kao biler lagiii~~?

wah haaaa... dulu, aku rasa sakit ati n baran giler klu ada org tanyer aku soklan neh. namun, being single at my age mcm skrg neh kenelah tahan dgr soklan neh diutarakan~ ggiler r boring dgr~ nk jer aku balas gn ayat kurang ajar. tp, aku tahan jerk. n op kos aku dah sedia ngn jawapannya utk menghadapi tujahan soklan neh sempena hari raya. apa xnyer, bila dah jumpa sedara mara, mulalah org tnya soklan neh. nk dijadikan bengang nyer klu org yg aku xbaper kenal pon seronok nk tanya soklan neh. huh huuuu....

seriesly, makin lama ku dengar soklan neh makin determine lah aku nk patahkan balik serangan derang nih.

soklan: simah, ko bila lg nih?
jwpn aku: itulah cik, doakanlah.. bia cepat sket... hehehee...<diikuti tawa manja. wah ha!>


soklan: hr tu dgr dah tunang...
jwpn aku: bkn simah lah.. iwan tu haa... (sambil sengih2 menampakkan lesung terkepit)

soklan: simah ni biler lg niii???? hmm... <sambil peluk2 pinggang aku>
jwpn aku: itulah wak, belum ada lg~ doakan simah to wak~ <sambil ketawa2 nakal>
usikan sepupu: garang sgt niii....
jwpn aku: haaa.. tu lah. g ngajar pon bwk rotan loo.. <aku lebarkan senyuman kerang aku. uh huu>

soklan: simah, ko bile nak kawen? <soalan2 cn ni biasaya diutarakan oleh org2 yg xtau malu. bajet!>
jwpn aku: haaa.. itulah... cik doakan lah... <sambil sengih2 kerang>
usikan makcik aku: hr tu dah carikan xnk, skrg dah xde peluang daaa... sambil bercakap dgn penuh keyakinan. aku gelak jerk. pura2 tp kedengaran ikhlas. xambik port pon~ wuh huuh>


keismpulannya, jwpn aku sgt cliche, tp berkesan.. pas nih klu ada yg xtau malu nk taya soklan berupa jodoh, kawen atau yg seerti dgn nyer... jwpn inilah yg akn aku bg. wah haa!

org yg bernikah telah menyempurnakan separuh dr agamanya. amalnya pula diganda2kan. itu aku tau, tp, selagi aku xmengganggu gugat hidup org lain, aku dgn bahagianya akan meneruskan hidup dengan kebebasan yang aku ada skrg. alaaa... jeleslah tuh, aku masih bebas buat apa yg aku suker.. org yg mampu halang aku cuma mak-bapak aku, n adek beradek aku (derang nih pon blom tentu dpt sekat aku).

alaaa... rasa terancam lah tuu... oit, jg laki ko baik2. xdelah ko nk rasa terancam ngn aku. alaa... aku nih apa yg ada... lek ler~ huh huuu....  nth lah. *wink3

cuma 1 jer.. aku doakan kn kebahagian org lain n kebahagian diri aku. oke.. marilah kita sama2 berbahagia yer..~~ weeeeee...!!!!!!
Category: 0 comments

I'm On Leave~ Balik Jommm.....


Ohohooo.... balik kampung...
Ohohooo.... balik kampung...
Ohohooo.... balik kampung...
Hati girang...~

Mari kita BALIK KAMPUNG bersama-sama... aku akn bertolak hari ni gk ke kg.. if i had to drive in the dark nite, then i will. ^ ^ .... huuu... ari ni mesti sesak gilerr2~ Boring jer keje ari ni sbb sunyi benar kolej nih. ramai dah yg cuti. huh huuuuu.... xper, kuatkan semangat, esok cuti.. ptg ni leh balik. aku dah kemas sumer brg2 n siap basuh baju skalik. hah haaaa... hmmm..... duit raya pon dah de...... apa lg yg kurang yer... hmmm... kuih ry, baju raya, brooch, hmm... byk lg nk kene prepare. huh huuuu.... sempat ker... mak, abh, adek2 sori yer... last2 minit br balik. huh huuuuuu.... smlm adek aku meset tanya aku, "xbalik ke?". dohhh... sy nk EL jer ari nih. tp, aku tahan jerk. saba... saba... aku gtau diri aku. heh hee... i'm pretty good at that right? being really PATIENT when i really determined about something~

anyway, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR n BATIN diucapkan~ maafkanlah daku sekiranya ada kata2 dan perbuatan menyakiti sehingga menebuk kelukaan di ulu hati. juga halalkan lah apa yang terambik, termakan, terminum sama ada sengaja atau tidak. May u guys experienced the BEST EID this year~ *wink3

: ) (^ ^ )
Category: 0 comments

Iklan PETRONAS 2012 - Buatku lebih BERSYUKUR~

Salam;

Semua org sedia maklum kehebatan iklan raya yg dikeluarkan PETRONAS. Pasti akn menyentuh hati n jiwa dengan meset2 yg bermoral tinggi dan membina.

Menonton this ad buatkan aku lebih bersyukur dan menghargai setiap apa yang aku ada. it won't kill anyone to cheer and make other people happy eventhough we're not deep inside. sbb setiap kali kita memberi kegembiraan dan harapan hidup yang lebih baik kepada org lain, sinarnya akan menyinari hidup kita jugk. huh huuuu~ Betapa bertuahnya aku dan kita yang berada di bumi Malaysia yang bertuah ini dan dgn apa shj yang kita ada skrg. BERSYUKURLAH dan HARGAINYA~

nevertheless, Enjoy, tonton this ad from Petronas;


p/s: pelakon laki utama tuh hot lah. wah hahaaaa... hausmate aku kata dia pelakon dlm pilem Pisau Cukur~ nth, aku xprasan pon watak dia neh sbb pilem tuh SS n buat aku rimas jerk. hoh hoooooo....~
Category: 0 comments

Iklan BERNAS 2012 - Sungguh Menyentuh Hati~

A few days back i've come across with a touching advertisement on YouTube. It makes my tears fell mercilessly no matter how hard i try to contain it. watch it urself n decide whether it's successfully reach n touches ur heart o not, as it touches my deepest conscious. Enjoy!


i've watched this ad million's of times but still i can't held back my tears~ (^; ^)

p/s: hari ni, 16/08/2012 adek2 berdua ni kuar Hot FM. i knew through facebook of course~ follow this link for more info : HOT FM dan AHMAD + FIZI (Iklan BERNAS)
Category: 0 comments

Cuti


sempena raya ni aku akn bercuti sakan. klu ikutkan nk cuti 2 minggu. tp, pengarah dah warning xleh cuti 2 minggu. cuti yg dibenarkan sehingga 1 minggu lebih jerk.. hohoo... sedeyyyhhh... apa xnyer.. taon lepas, aku cuti 2 minggu oke. so, igtkn taon ni nk wat mende yang sama tp, no can do. uhuu~

Cuti yang aku dapat:  20 - 24 ogos, 27 ogos 2012. alhamdulillah... syukur..

no matter, juz DON'T MISS ME PEOPLE~ kih3 ^ ^
Category: 0 comments

Team Teach (TT)

susahnyer bila kene TT neh. paler dua2 lect plak berbeza2. huh huuu.... partner aku neh ikut paler dia plk. bila aku nk wat ikut cara aku, dia akn membantah seolah-olah cara n kaedah dia betol. huh huuu

aku bukan nk komen cara dia mengajar sbb kaedah mengajar seseorang lect tuh unik n xperlu dipersoalkan pon. tp, cara dia bekerjasama ngn aku agk menyakitkan hati lah. aku terima jer cara dia nk kendali silibus n pnp. dia xnk ikut cara aku plk. aku bertolak ansur dgn dia, dia xbole nk bertolak ansur dgn aku plk. sakit nyer ati rase.

pg td, dia kata aku buat dia bingung. nth apa yg bingung nth. dia yg xble nk catch up silibus, dia nk salahkan aku as MEMBINGUNGKAN dia plk. pastu jln pergi dgn mara2. what dahell???! wat mood aku hilang pepagi nih. naseb lah aku ngh pose. aku ngh jg mulut aku neh. klu x... huhuu... aku mmg seorg yg penyabar sbnrnyer... heh heee

cian sgt kt student if aku xble kawal marah aku. huhuuuu... aku dah cuba yang terbaik menyabarkan diri aku. baru jer td dia dtg n bwk perangai 'AKU JER YG BETOL' tuh. n sbb rs geram aku ckp ms dia nk blah ke meja org lain, "KO RASA KO JER YG BETUL KN.." n i don't give it a damn how she felt. whatever!

dia nih terlalu ikut sgt urutan Lembaran kerja pelajar. rimas aku. aku mmg bkn mcm dia. strict ngn tugas n workaholic. yep. i know that. but that doesn't mean i don't know how to do my jobs! kata2 dia yg buatkn aku hilang sabar hr ni ialah ble dia dah xnk bincang lg n said, "dah lah aku xnk dgr lg, yg dah lepas dah lah.. xpayah ckp lgk." BODOH. langsung xnk terima n betolak ansur sesama TT. bknnya any big deal pon! xmatilah student kalau kita skip Lembaran kerja. BANGANG! marah nyer aku rasa~

ptg ni kitorang n bincang.... psl kelas.... itulah yg dia kata~ oke aku xrugi pape pon~ WATEVER

Category: 0 comments

NO CLASS today. weeee...!!!!!!!

hari ni xde class. yeaah!!! kpd mrk yang berkenaan, jgn jeles yer.. thx to PROGRAM KEUSAHAWANAN o watsover neh, aku ada byk masa utk disia2kn ari neh... yeaaaayy!!!!
Category: 0 comments

Pose Ganti Marathon

salam... bersempena bulan ramadhan yng semakin menjelang ni, aku dgn sukacitanya berpuasa perdana sejak minggu lepas lgk. aku perlu completekan hutang 7 hari 4 hari aku dah setel minggu lepas. lg 3 hari akn aku setel minggu ni gk. insyaAllah... ini dah mcm latihan untuk menghadapi bulan puasa gk.

kaum hawa bila dah ujung2 bulan mmg lah mcm nih. galak sgt nk ganti. awal2 tahun pas raya raya tahun lepas xnk ganti!(mcm aku laa... hehheheh..). biasanya lepas aidilfitri... dlm seminggu g2... mak aku akn ajk puasa ganti puasa n sambung ngn puasa 6. if aku xsilap, bila kita nk berpuasa 6 nih. kene setelkan baki hutang puasa wajib, baru boleh buat puasa sunat. itulah yang aku dapat sikit ilmu nk kongsi ngn kwn2.

hari ni aku pose sehari. insyaALLAH... IF XDE ARAL TINGGAL 2 HARI JERK LG... AKU DOAKAN KAWAN2 YANG PERLU BERPUASA pon akn dgn jayanya mengganti hutang puasa sblm hari raya. ingat tau, sehari sblm bln ramadhan xleh puasa... n hari pertama hari raya po xleh puasa... heh heee... juz mengingtkn diri sendiri disamping memberi peringatan pada org lain gk.. ^ ^Y *wink3

p/s: ari ni nk buka mkn apa yer... huuuuu....~~~
Category: 1 comments

kipas dinding~

semalam (1 july 2012) aku rajin g jenjalan ke BP Mall. n seperti yg telah dinekadkan, aku beli lah sebijik kipas dinding untuk kegunaan sendirik. heh heeee... jenama sharp jerk. harga nya boleh tahan lah.. RM151 + renew membership. pasni, aku xperlu berkipas gn kipas promosi KKJNS lgk. yeay!!!!!
Category: 0 comments

Nur Aini Mardiah! Tahniah, Umi~!!

Sekadar Hiasan..~~
ank sedara pertama! Op op oppp... abg aku xkawen lgk oke... jd, mn aku dpt ank sedara nih? Haaaa... inilah cahaya mata pertama sahabat aku, meshi... tahniah atas kelahiran anak pertama sahabatku~ pasni, bg Nur Aini Mardiah (betul ke aku eja nih?) adek ramai2 yeh. Xdelah dia sunyi dok sengsorang ngn umi n babah (agk nyerlah.. xtanya plk gelaran utk si ayh. heheh) nyer... baby nih merangkap ank angkat aku lah lebih kurang... heh heeee... perasan plk aku nih.. hari terakhir b4 aku balik kg dan uruskan penempatan sml d tpt keje baru, aku sempat menziarah si comel nih kt rumah beliau.

Mardiah. Tu pannggilan umi nyer. Aku try dukung! Mmg awkward!! Huh huuu... klaka pon ada~ kaku sgt aku nih... mardiah lembut sangat... ak takut sgt if baby tercedera sbb aku pegang... yg seronoknya, mardiah gelak bila aku pandang dia di pangkuan aku... huhuuuu... series... perasaan masa tu kan.... hmmm.... bahagia sangat... susah nk gambar~ patotlah meshi susah nk gambarkan persaan dia bila dah jdk umi Mardiah...

Meshi, chaiyok34 utk bg Mardiah adek2 lg yer...~ Mardiah sempat bisik pd mata hati aku yg dia nk adek lelaki utk main gusti lengan bila dan besar nanti n 2 adek pompuan untuk men masak2 kek chocolate moist sensama tau...~ ^ ^

Tahniah Meshi, n semoga ko sekeluarga berbahagia hingga ke akhirnyer~ *wink3

P/S: SAD... I DIDN'T SNAP A SINGLE PICTURE WHILE I WAS THERE~
Category: 1 comments

LAPTOP-KOMPUTER-NOVEL-KIPAS

Did i ever mention laptop aku rusak???? Oh, xde... huh..... bohsan nyer hari2 tanpa laptop nih. Nk search tenet pon xsyok. Dah lah komputer aku nih problem bila access tenet... tertekan aku.... huh huuuu... kt pat keje plk xdpt set komputer! Huh huuuu... nyesal aku xhantar laptop utk dibetulkn dari awal lgk... at least sblm aku g kursus KIPA (20.05.2012 - 05.06.2012) ari tuh. Huwaaa...!!
Demi menyedapkan kegundahan hati aku, jumaat lepas (22.06.2012) aku hantar laptop utk dibaiki ke HighPoint Kluang~ kata pekerja kt situ, proses me’repair’hanya akn amek masa 3 hari jerk... tp td (28.06.2012) aku kol dia kata kene tunggu verifikasi hardware dr hq... nth pape nth... geram jerk rasa... mebi kene tunggu sbln gk kot... huh huuuuu...
Kene tunggu lgik lah jawabnyer. Bb aku ni plk aku mmg xcut. So, tiap2 bulan aku byr lah RM68 tu walau aku gn sket jerk. Xsampai 1GB pon... at least if emergency, aku ada bb kn...


Komputer aku nih plk akan slow, n hang if aku gn bb. Talian streamyx xplk aku tau kesannya ke atas komputer aku nih. Xpenah gn lgk sejak gn laptop n bb. Lagipon mn aku ada connection streamyx tuh. Aku syg sgt pc aku nih. Ada byk sentimental value. Aku beli ngn duit biasiswa yang aku tunggu mcm buah xgugur slm 2 sem time stadi dulu. Dan komputer nih la yang banyak berjasa masa aku nk siapkan tesis aku dulu. Walaupon tulisan kt keyboard ada yg dah kabur, jemari aku xkekok teros menaip. Itulah kehebatan chemistry atr aku ngn pc aku nih.

Pc nih terlalu byk budinya pd aku. Hingga bila adek2 aku merengek nk aku tinggalkan kt kg utk kegnaan derang, aku wat xtau n bg alasan memacam sbb aku tau, if serah kt derang... pc aku nih akan hilang jati diri nya... huh, worst case senario, akn tros rosak~

Hm... kini, tika aku kebosanan.. pc ni lah yg jdk penyelamat selain dr novel2 aku beli. Sekarang aku tgh baca “Marshmallow for Breakfast” oleh Dorothy Koomson. Aku baca xsampai 1/3 lg dr buku tuh. Yet, aku rasa citer nyer agk interesting~ content citer op kos lah lain sgt dr novel2 melayu. Novel nukilan novelis kesayangn aku jg mempunyai tema dan jln citer yang unik k... heh heee... mood membaca berbanding zaman stadi dulu mmg lain... kini, satu buku tuh akn amek masa berbln2 lamanya utk dikhatmkn.. tp, bergantung gk pada ke’best’san jln cerita n mood membaca aku time tuh~
Panasnyer bilik aku nehh... aku nekad mesti beli kipas ujung minggu nih. WAJIB!!!
Category: 1 comments

aku dah tau~~!! Dah dpt jawapan!

Akhirnya… aku dapat jawapan kepada persoalan ini : “Kenapa perangai lelaki pelik bila gf o wife derang xde..”.

Cn ni, bila aku kuar mkn2 ngn membe yang da de kapel nih, reaksi kapel derang terhdp aku bila gf o isteri derang g basuh tangan o g tandas ker… akn berubah 100%. Derang akn acuh xacuh jer pada aku. Bila kapel/wife derang kembali, roman wajah derang akn transform balik mcm biasa.

WAT DE FUCK! BELAKON!! Itulah yg aku pk dulu~ … hinggakan aku pobia nk kuar mkn bertiga (aku, membe aku, kapel derang) jer ngn membe aku yg berkapel/hasben nih.

Terima kasih kpd hausmet aku krn menyedarkan aku hakikat sbnrnya perubahan diri lelaki berkapel nih. Huh huuuu… oke. Rupa2nya sbb niat aku yg nk memecahkn kejanggalan dgn memulakan perbualan itulah yang menjd penyebabnya.

Menurut hausmet aku, lelaki akn rasa tercbr kalau kita wat xtau jer, tp akn naik ego bila kita yg memulakan sesuatu perbualan cthnyer.. whoaaa!! Lelaki nih sooo… CHEAP! Perasan yang amat! Anyways, tulah perangai derang kn… niat baik kita pulak yg disalahanggap…

Lagipun, pikirn kita ngn derang lain kn… oke, so be it. Aku xpeduli pon… xjdk kudis pon (kt aku) klu itulah apa yg lelaki pk. Hmmm…

Ucapan aku utk lelaki2 sebegini, WAT DE FAK!!!! KO IGAT KO HOT SGT..?!??!!??!!! ego? Aku pon ada ego gk per… heh heee… seriesly, naper lelaki melayu kebanyakannya berperangai cn ni? Hmmm… mudah perasan hot plk tuh.

Dlm satu episode oprah show, pakar cinta yang merupakan seorang lelaki membidas tuduhan wanita yang mengatakan “...lelaki takutkan kami kerana kami lebih berjaya dari mereka, kami outspoken dan tidak tunduk kepada permintaan mereka, kami ada pendapat sendiri dan lebih superior dari mereka, sbb tulah kami masih bujang hingga skrg. Kedudukan kami lebih tinggi sama ada dr segi kewangan, pangkat…” k. panjang lagi kata2 3 wanita yg mewakili kaum wanita dlm citer tuh. Jawapan lelaki pkar tuh adalah… lebih kurang cn nih, “….. real man do not get intimidated by woman….” Lebih kurang. Oke.. bukan semua lelaki get’s turned off juz because the woman is more successful than they are, n berani n xmudah merendah diri sekiranya dia benar2 igin mendekati seseorg wanita. Itu aku dpt simpulkn~

Adakah itu bermaksud lelaki berpotensi mengambil kesempatan terhadap wanita yang dilihatnya mampu membantu dirinya..?? kewangannya..????? nthlah~ bpk aku lelaki, adek-beradik aku lelaki, pakcik2 aku lelaki, arwah atok aku dua2 lelaki. Derang xmcm tu pon…. Ker…. Zaman dah berubahhh… lelaki berevolusi????? Tp, masih ada mufti lelaki, ustaz2 lelaki, pemimpin2 lelaki. Nth! Xde jwpn pon…

Lenkali, aku nk try kaedah2 jual mahal n kaedah jinak2 merpati pada lelaki yg aku baru kenal. Sbb lelaki yg dah lama kenal mudah perasan hot dan ego bila kita yang memulakan perbualan oke… buat aku terasa kecil hati jer… dan xdiperlukan walaupun niat kita cuma nk berbual ngn husband/kapel membe baik (padahal kita dah lama kenal ngn lelaki tu) kita jer... sedihhh…

k.. juz to break the ice. aku dah penah gn kaedah jinak2 merpati nih dulu dan hasilnya adalah lelaki igt kita nih “mudah”. Mksudnya senang diperkotak-katikkan. Oke, xnk citer panjang... If kita buat xtau jer.. kita akn dlabel sombong n sukar didekati plk. Hmmm... cn ner tuh..? asalkn derang nih xberi masalah pada gaji yng aku terima tiap bln, aku xperlu kesah sgt kn... lgpon, siapa yang sempurna dlm dunia ni kn... aku pon bkn nyer baik o sempurna. Berbaik sangka n menerima seseorang seadanya adlh sebaik-baik perbuatan. insyaAllah... titik
Category: 1 comments

hari kedua~

sila jgn salah paham yer... ak bukannya nk wat sequel or siri penjelajahan di sini~ semalam wat tajuk hari pertama, hari ni tajuk hari kedua, esok.... hari ketiga plk. hah haaa... xde niat nih... lom pandai nk wat tajuk vavavoomm lgk yeh. lenkali keeeeeeyy.....

sangkaan aku, kolej baru sumer nyer complete. pensyarah PC sorang satu, parking berbumbung  everything. ternyata tekaan aku meleset. pensyarah kt cni pon asek bz jerk. bz ngn event. menurut beberapa org, kks2 ada byk program skrg nih.

aku masih lgk kebosanan. skrg masih berkira2 nk wat jahat. nk balik rumah o jenjalan kt bandar segamat. sejam pergi balik! hoh hoooo..... kat sini ramai kwn2 baru. tp, aku masih janggal lgk~ claim pindah mcm mn nih? aku nk wat ke x? op kos lah aku akn tanya admin dulu... hah! aku dah de something to do! yeahhh~~!!!!! tp, berbaloi ker jarak dekat jer nih?
Category: 0 comments

hari pertama

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:

hari ni hari pertama di tempat baru. KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2~


seriesly, sumer nyer sgt lah berlainan degn kk jempol (kt sini bangunan baru n ada KANTIN oke...!!). oke. aku dapat pindah ke kk segamat ni pon dh kira syukur. ada org tuh, bertahun-tahun mohon pindah, xdpt pon...

hari pertama kerja, mmglah boring... xde mende nk diniagakan.. wah hahaa.. xde kerja pon... oke. apa yang lainnye tpt ni? bilik pensyarah dalam 1 bilik yang besar... ada bilik kjkk dan meja2 pensyarah dipisahkan papan2 cubicle... ada kantin op kos!... ada perhimpunan wajib (staff n stud) setiap pagi isnin, bacaan yasin (staff n stud) setiap pagi jumaat... n last but not least kawasan perkarangan kolej yang lebih luas lg... oke... everything seems to be very organised yet a little bit awkward for being a new sheep in town! i believe i can cope with this.

oh ya... selain aku pindah masuk, ada gak staff kks2 yang pindah kuar. oke.. rezeki masing2.. hmmm... lgpon... first day aku kt cni, dah dpt tourguide peribadi named fetty yang bwk aku keliling kampus kksg2. hmmm... bilangan staff kt sini dalam 40 org jer.. n student dlm area 100 - 200 lebih org cenggitu. hari ni ramai staff kuar utk program so, i have to memorize more names n recognise more faces after this! (yg ada ni pon aku dah menjajau nk igt. huh huuuu)... alaaa... staff kkjn yang ramai pon aku leh handle inikan pulan 40 org lebih jer... kan.... chaiyok34!!!!


kks2 xsama ngn kks n kkjn. aku kene ajar bidang yang agk berlainan walaupun inilah bidang yang aku belajar dulu. PROGRAMMING. kt kkjn lebih pada network, kt cni... aku kene jdk student balik n study JAVA. huhuuuu.... i'm wishing myslf BEST OF LUCK!! oke. aku tinggal kt perumahan rakyat bt anam dgn sorang cekgi sek menengah yang baru dpt posting kt bt anam nih gk. sewa rumah  RM250 n deposit RM 500. leh bayar ujung bulan sbb tn rmh consider member serumah aku tuh baru kerja. oke lah. aku pon tumpang sekaki lah apa lgik.. heh heh...


ironinyer.. ramai tol org yang tau aku dpt pindah... pastu, hari terakhir aku di kk jempol merangkap majlis perpisahan plk langsung xde suasana sedih yang menyelubungi. kononnya mmg xnk sedih... tp... punya gamat dewan kuliah dengn usikan2 rakan sekerja... huh rimas gk aku rasa. tp, terima kasih kt derang, aku leh simpan air mata aku utk mende yang lebih berpekdah. klu x, mmg dah berjurailah air mata dugong aku nih.


beberapa opis mate beri aku samting. aku dapat dari program sks, kelab staff, kak lijah n housemate ku kak nekmah. seriesly, terharu giler aku rasa. tiba2 rasa sgt belong to the kkjn family. anyhow, this is my decision.. my decision to transfer... walaupon bkn exactly tpt yang aku nk settled, namun alhamdullillah...

harap aku akn cepat sesuaikan diri kt cni.... AAAMMMMMMMMIIIIIINNNNNNNNNN.......
Category: 0 comments

gawang STARGATE

hari ni hari ke-6 kursus KIPA
HUH... TD, PENCERAMAH TUH ADA WAT akt REFLEKSI diri. dia mintak sume peserta buat refleksi PNP sama mcm tulis diari. tibe2 aku tersedar yg dah bape lama aku membiarkan blog nih bersawang... sekali lagi.. heheheeee... giler skema ayat aku... bernanah telinga aku... wahaaa...

oke. cn ni lah ek... aku sebenarnya ada byk mende nk citer. tp, siriesly seolah2 cm xde idea nk tulis... baru tulis sket, dah bosan... huhuuu... sepertimana tajuk post aku nih. anggap ler.. post nih mcm gwang stargate yang baru terbuka. setelah sekian lama org cuba bukak.... cari kunci, n everything... tu yang aku amek masa lama nk ON balik blog aku nih.

huuu... giler lah.... susah nyer aku nk dpt balik aku nyer mood menulis nih. td, ada membe kolej tegur+puji penulisan aku... hua hahaaaaaa.... giler r bangga aku rasa... perasan pon ada sket... kebetulan plk aku baru teringatkan blog aku nih setelah sekian lama. oke... hari ni... aku rasmikan balik pembukaan blog aku...

hmmm... last time aku tulis blog masa henset aku rusak. pastu tuh... beberapa bln kendian laptop aku rusak!! huhuuuu...calculator aku pon rosak..... bila aku dah mula selesa ngn hidup n kerja aku kt jempol nih, aku kene tukar lak. pastu skrg masih berpk2 nk carik rumah sewa plak kt batu anam. seriesly, byk mende yang xdisangka2 jadi... ini baru aku senaraikan sket. ada lagi... it feell's like aseries of an unfortunate events.

mc mn laaaa... kehidupan d tpt baru yer... semuanya kene mula dari scratches. HLP... AKU NK MOHON... TP KENE G kipa YANG MKN MASA 16 HARI NIH. HUWAAA... AKU xsempat nk isi borang n everything. kene wat proposal n everything gk... huuuu... help..!!!!! aku rasa terbeban sgt..... aku yang xske susahkan org skrg nih pon terpaksa mintak tolong kt org.... everything happened in a short nick of time... duuuhhhhh.....

Karok di khlayak ramai!

Lokasi: bandar seri jempol
Event: umno bersama rakyat kot... aku dah luper....
Pertandingan karok. Tahap saringan lgik dah tersingkir~

Heh hehee... malunyer jgn citer lah.. lebih2 lagi bila aku dah rasa mcm sore aku mula mengkhianati aku. Apa xnyer... aku rasa sore aku cam xdgr jer... if kat karok, bkn main lagik aku terpekik terlolong... bergetar halkum aku... wahahaaa...!!!! mungkin ada org yang sabotaj volumn mic yang aku guna tuh kot... hih hiiiii.... tetiba xble terima sore sendiri cm katak panggil hujan (Cuma merdu cket jerk).. eheheee...

Sanggop aku g sengsorang mlm tu semata-mata nk masuk peringkat saringan merangkap saringan ke semi-final pada keesokan harinyer.... tapi... tu lah... sore aku sedapp sangat kot... org pon jeles.. kih3


Lokasi: parit sibur
Event: hari sukan seri perkasa
Pertandingan karok ala2 nk seronok jer. Peserta xramai.. jd aku pon masuklah~ heh hee


N op kos, klu dah org johor.... pastu, yg jaga sistem bunyi pon org lama... baya2 bapak aku g2... op kos cd lagu yang dibawak berunsurkan nostalgia 60-an g2... sakit kepala aku nk pilih... last2 aku pilih lagu PERWIRA by SALOMA g2... pastu, bila sampai giliran aku, bleh plk lagu tuh minus nyer hilang... yang ada.... lagu bersama suara penyanyi asal.. akhirnya, aku nyayi jer lagu KENNGANKU yang dipopularkan ole ALLAHYARHAM JEFFRY DIN (sbnarnya aku xtau sama ada beliau masih bernafas o tidak skrg nih. Jd aku amek jln selamat letak nama timngan xrasmi di hadapan nm beliau!). peeehhh.... hebat sungguh aku mln tuh! Suara xkene ngn lagu... nyanyian mengikut lirik yang tunggang terbalik... ritma dan lirik terabur. Vokal aku mmg xsesuai ngn lagu2 60-an nih! Namun, aku bulatkan tekad berdiri kt atas pentas samapi lagu abes. Tebal giler aku rasa kulit muka aku.. huh huuu... mmg dasar muka tembok xtau malu lah aku nih... ehehe heeeee... taram jerk...

Dan keputusannya... aku.... KALAH!!! Hua hahaaaa... aku xserprise pon... hih hiiii... juri2 ni pon satu, xreti menghargai kelunakkan sore katak yang aku sumbangkan... nama pon mnyumbnagkan sore... itulah yng aku buat! MEN’SUMBANG’KN sore~ ^ ^

Ps:// heheheeee... nmpk sgt aku xleh terima hakikat sebenarnyaa...... ^ ^Y
Category: 1 comments

2012

tahun baru menjelang lagi... wiiihuuuuu....!!!! mendoakan yang terbaik tahun ini. uwikksss... sejak enset ku, si bibi tuh rusak, aku dah xde koleksi gamba nk up ke blogspot nih. tuh yang malas nk update blog tuh. tanpa gamba2 akan kusamlah blog ku. n hidupku. cheee wahhhhhhh.... oke. apa yg aku nk tahun ni yer... kata org.... setiap tahun baru, masing2 sebuk nk wat azam baru... awal muharam xnk pulak sebok wat azam baru. huh! nth paper...

my azam? eheheheeee.... cliche gk aku nih. jap. bila aku tgok balik azam aku tahun sudah2.. ehem.... nmpk sgt aku xbersungguh nk capai apa yg aku azamkn. huuuu.... so, this yer... aku xnk expect pape... tp, hanya mendoakan yg terbaik utk diri aku n also my family.

xperlu kot nk letak pengharapan pape, nth  tercapai o x...pastu, taon dpn aku akn kata mende yang sama, "azam xseperti yang diharapkan..~" oke, kalau tgok kn... kendisyen aku skrg... aku akan berusaha MENSTABILKAN apa2 yg kurang o xstabil dlm hidup aku. pepehal pon, first, aku kene utamakan diri aku, then my family.... sbb taon lepas..its my family first, then ME. oke, dlm tahun2 kebelakangan nih ada beberapa niat yang aku simpan telah aku tunaikan. dan kali nih, tidak berkecuali yer... ada beberapa perkara yang aku niatkan di dlm hati aku nih. nk tau apa? haha... mana boleh, BIARLAH RAHSIA oke... dan aku akn cuba sekueknyo nk realisasikan...

aku xkesahlah apa org nk conclude ttg niat aku nih. yg penting, ianya akan terus menjadi rahsia okee.....
Category: 0 comments