ENSET KU RUSAK!!

waaaa....!!!! enset ku RUSAK!!! byk nombor2 penting yg disimpan dalam enset/memori kad aku xleh access... waaaaaaa....! namun, sepenting manakah nombor2 tersebut, haaaa... ini yg aku xleh nk gtau nih. welll... berbekal enset SAMSUNG yang aku pinjam dari pn Meshe... aku teruskn gk hidop aku nih... skrg nih aku kene survive utk mencari sml nombor2 penting yang xdpt aku access skrg. neway, i have my ways to do so.

if dah xdpt gk... apa leh wat... siyes, sunyi tol aku rasa bila enset yang dah 2taon lebeh aku gn RUSAK! rasa cam patah jari plak.. wahhh... ekstrem perumpamaan tuh..

Poor little BieBy~

can ner enset tuh leh rusak? haaa.. ni dia cerirtanya.. satu hari... 22/11/2011... lepas aku selesai kursus pengurusan jenazah. aku pon pulang ke bilik opis dgn rasa lega sambil berbual di talifon ku itu. dalam aku nk melangkah ke tangga yang memisahkan tingkat atas ngn tingkat bwh. prak!!! dgn tiba2 enset aku yg sememangnya dah byk kali terhempas, JATUH tanpa aku duga. plis note, aku bawak kamera n fail di tgn aku. namun, masih ada ruang memegang yang cukup utk aku menggunakan talifon sambil berjalan ok... biasanya... bila enset aku jatuh, aku tau lah sbb nya kn... tp, kali ni secara tiba2 lak. cm ada unsur2 mistik+final destination g2.. wah haaaa..

oke... aku yg terpempam seketika pon mengutip balik enset ku itu sambil moan Allah... k... cam biasa, tanpa rasa syak wasangka aku pon memasang semula bateri n penutup belakang enset ku itu bila dah duduk selesa atas kusi dlm bilik opis aku tuh. oke... bila aku ON..... harapan aku utk menggunkan enset itu, untuk menyambung perbualan yg terhenti sebentar td.... semakin lama semakin kabur. apa x nyer... lampau menyala, tp.... skrin xberfungsi langsung. GELAP jer... sudahhhh...

kemudian, dgn rasa sebal... aku pon tekan punat OFF (ganggang merah) tanpa lepas beberapa kali. aku bukak/tutup lens camera enset tuh. lampu menyala, namun xde pape yang terpapar atas skrin.. aku cabut bateri n pasang balik beberpa kali. pon... still xberfungsi. aku biarkan je dulu enset tuh... dgn harapan... mlm ni boleh lah aku gn. but, TO NO AVAIL... still xleh gn gak... huhuuuu... mlm tu gk, aku hempas beberapa kali enset tuh dgn harapan yg menggunung dia akn on cam bese... namun, aku kaciwa jua... sampai laa ni~ huaaaa...!!!

Category: 2 comments

Program Kemahiran dan Pembangunan Sahsiah Pelajar Program SKS

Alhamdulillah... program ini telah dijalankan dgn jayanya walaupon terdapat masalah2 tertentu yang merintangi. Terima kasih yang xterhingga kepada semua pensyarah dan pelajar2 SKS yang terlibat. U ALL DA BEST!!!

Program:  
Program Kemahiran dan Pembangunan Sahsiah Pelajar Program SKS

Tarikh:  
11 - 13 November 2011

Masa bertolak:  
10.30 pm dari KKJN

Tempat2 yg dikunjungi: 
* Island Hoping (Pulau Singa tgok helang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah)
* Cable Car (beautiful Scenery filled with excitement)
* Nek boat. what an experience!!!! love it so much!
* nek feri. CROWDED! 

Aktiviti2 lain:
* Pertandingan Kemahiran n aktiviti2 Pembangunan Sahsiah bersama para pelajar SKS

Photos:

Gambar-gambar kenangan yang sempat ditangkap:-


 p/s: Next time around nk g ngn family or friends! weeeee.....

Category: 2 comments

Teka Teki Teka Tekuk

Teka Teki 1

Ada sepohon pokok besar. hinggap 10 ekor burung...
Seorang pemburu burung melalui pohon tu n nmpk lah burung2 yg berkicau riang. diangkatnya senapang patah kesayangan beliau lalu..

dddooorrr!!!! <kuat bunyi senapang buruk tuh>

tepat mengena salah seekor burung td dan bangkai burung tu pon jatuh bergelimpangan di akar pokok besar tuh.

soalan: Berapa ekor burung yg tinggal di atas dahan pokok tuh?
             ... dan Knp?



Teka Teki 2

Ada sebuah akuarium yang cantik, milik org bangsawan dahulu kala. dan tinggallah 10 ekor ikan emas yg cantik2 dan besar. satu hari, kerana sbb musabab yang cukup misteri, salah seekor ikan yang dipelihara di dalam akuarium itu menggelupur secara tiba2 lalu mati.

soalan: Berapa ekor ikan emas yg tinggal di dalam akuarium tuh?
             ... dan Knp?
 
 



Baju raya

Satu hari yang damai.. aku bersantai2 ngn mak, 3org adek (Adek 1, Adek 2, Adek 3), n kucing2 abah (ada yg relek n ada yg memain dlm rmh). Hari tu ry deepavali. N mcm biasa.. tv on. Bila time iklan dedikasi deepavali, sudah tentulah derang pakai pakaian india kn. Pastu, berlakulah dialog seperti di bawah..

Adek 1: mak, kita ni raya mcm2 ek. Klu raya ada baju nyer sdr lo. ry Deepavali pakai baju mcm tu arr <bibir muncung sedepa ke arah tv>.. klu ry kita pakai baju kurung, ry cina pakai baju apa tu..?

Adek 2 n Mak: chongsam.

Aku: cheongsam laa..<menyampuk>

Adek 3: congsam kn mak.. mak… mak?! <menyibuk>

Adek 1: haa.. chongsam. klu raya Chitam?

Chitam/Titam yg xtahu menahu dirinya tlh jd bhn umpatan~

Mak: klu raya Chitam yer udho (telanjang) ! siries. Aku x expect langsung beliau akn memberikan jwpn sebegitu. eheks

Mak aku nih sekali sekala melawak boleh berselirat tali perot kitorg.


Menyakiti tanpa niat

Does other person’s misery an entertainment to u?

Pernah x tanyakn soklan ni pd diri sdr?

Pernah. Bila aku muhasabah diri aku, aku akn mula tanyakn soklan nih. Pelik. Tp, tu lah hakikat nya. Selalunya tanpa kita sedar/xsedar kita buat/kata sesuatu yg menyakitkan seseorg…. n didepan/blkg org tu kita akn snyum/ketawa (atas sbb2 tertentu. Klaka, o anything..). selain itu, apa yg terlintas d pikiran kita??? Cuba Tanya diri soklan nih~ agk2 nya apa jwpn yg kita peroleh?

kisah 1:
dlm 1 program di tempat kerja yg aku sertai, ada seorang hamba allah nih tergelincir masa satu aktiviti bersama student berlangsng. Keadaan court yg licin atr penyebabnya. Nk dijadikan citer.. sms kejadian, aku sdg mengambil video. Demi terpandangkn situasi tu, aku spontan tergelak. Klaka! Itu yg aku pk masa tu. Namun, aku sekadar gelak tanpa membantu! Slps kejadian, krn rasa kesal… aku hanya mampu minta maaf pd hamba allah itu, sbb aku gelakkan beliau tanpa membantu. Agk2 apa perasaan kita jika kita berada di tpt hamba allah tu?

Kisah 2:
Seorg hamba allah di tpt kerja aku nih sgt rajin dan komited terhadap tugas dan amanah yg diberi padanya. Namun, org2 sekeliling mengata beliau dan menggunakan ayat2 gurauan (yg menyakitkn hati hamba allah ini) dan sinis yg menyebabkan hamba allah ini marah. Salahkah sekiranya kita menjalankan t/jwb yg diamanhkn dgn sehabes baik? Apa yg akn kita lakukan sekiranya kita berada di tpt hamba allah ini?

Kisah 3:
Wrestling. Mmg sesuatu yg xasing lg pd peminat seni gusti terlampau. Telah diwar2kn pd umum bhw segala apa yg dipaparkan di kaca tv hanyalah lakonan semata2 dan ia merupakan pembohongan terbesar rancangan reality tv. Itulah sbbnya aku berhenti menonton citer gusti. Segala2nya adlh pembohngan dan lakonan sahaja. Pesoalannya adlh, kpd sesiapa yg menonton rancangan wrestling ini… adkh mrk sedar betapa mereka melihat ksakitan dan kesukaran (pain n misery) penggusti sbg satu bentuk keseronokan (entertainment) ? Mmglah mrk berlakon semata2 dan telah melalui lathn2 intensif agr mrk tidak cedera, namun… setiap kali tubuh mereka dihempas ke lantai atau dipukul dgn apa2 shj objek keras dan berdarah… adkh itu juga satu lakonan? (“penonton bersorak penuh keterujaan!!”)

Kisah 4:
Seorg hamba allah yg di dlm kesukaran dan memerlukan pertolongan krn terlibat dgn kemalangan.. ramainya mrk yg datang menolong… tolong tgok… sambil mmperlahankn knderaan mrk hingga berlaku kesesakn. Terpk kah mrk bhw jam yg terjadi boleh melambatkan perjalanan ambulans utk membawa mangsa kemalangan ke hospital? Ini belum cerita lg mrk2 yg hilang sabar sehngga menggunakan ruang jln kecemasan! dlm deretan kenderaan d jln tu... ada ramai org dgn tujuan yg pelbagai.. Bagaimana dgn mrk yg sudah terlambat ke sesi temuduga? Ibu yg sdg sakit hdk bersalin dan dlm perjalanan ke hospital? Pakcik yg sakit jantung di dlm ambulans? semuanya terperangkap dlm kesakan jln raya!! henti2 kn lah menonton insiden semata2 mahu menceritakannya kpd org lain atau kerana alasan “aku rasa curious lah, saje jer nk tau..!!”. Bknkah lebih baik memandu tros agr memudahkan ambulans tiba dan menyelamatkn mangsa kemalangan? Apa akn kita buat jika kita berada di tpt mangsa?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isk3.. tanpa kita sedari… inilah yg kita lakukan. Menyakiti tanpa niat. Kedengaran kelaka.. tp.. bayangkan jika kita yg berada di tpt mrk (mangsa). penah terpk kh kita akn kesan perlakuan atau kata2 kita jg mampu mempengaruhi hidup seseorag yg kita knal @ tidak. in good way or a bad way...

Aku slalu wat mende nih. Sedar @ x… mak… abah….close friends…. kwn2… strangers… not-so-close friends…. I’m so sorry…

adkh diam dan buat hal sdr jalan terbaik utk elakkn perkara ini berlaku???

Salah. huuuu...

cn ner aku leh salah tema plk ni ek. haaa... ce citer... ce citer...

cn ni citer nyer....
last2 minit aku kene ganti membe ke majlis yg dianjurkn pat aku keje nih. dlm minda aku nih. terbayang tema: MERAH, HITAM, PUTIH, TOPENG..!!

Natijahnya.. time aku balik kg deepavali minggu lepas, aku sediakan lah baju merah n bila sampai ke jempol yg damai dan bosan nih aku menjajau lah mencarik tudung yg seswai g2 dgn baju yg aku bwk tuh.. last2.. malam td, terbongkarlah kesilapan aku gara2 malas belek memo board! house mate aku ni lah... bukak citer, tanya outfit apa aku nk pakai mlm majlis berkenaan. then aku selamba jwb.. bj merah. then, beliau pun menyatakan hakikat ini: "bkn tema hitam putih topeng ker shimm..??". aku yg kompom tahu warna tema majlis tuh menegaskan lah warna tema adlh spt yg aku nyatakan di atas.

then, nk dijadikan citer... mlm yg sama, aku teman housemate ke tpt keje sbb beliau ada keje nk wat. oke, aku yg kebosanan, pon rajin lah pulak tgok2 ke papan memo. dgn demikian.. maka, terpandanglah aku memo berkenaan majlis tersebut.

Tema: HITAM, PUTIH, TOPENG

Prakk!!!! sudahhh..... bingung aku kejap. hahh.... penat jer aku g carik tudung yg sesuai dgn tema "merah, hitam, putih". topeng xde oke, sbb aku dah pakai spek. topeng aku lah tuuu..! oke, poyo! huuuu... hari ni aku dah decide... last minit pon... last minit lah. aku pakai jer lah apa baju hitam yang aku ada.. hantam saja lah labu...

p/s: sbnrnya, aku pon xigt cn ner minda aku boleh pk tema warna MERAH, HITAM, PUTIH tuu... yakin dan pasti plak tuh.... mmmm....

o. ooo…. Sudahh…

Ehem…. Sejak aku amek supplement nih, bdn aku dah mula naik. Selera mkn plk mencanak2. Asek nk mkn jer… duit byk abes ke makan jerk. Woah! Perlu x aku risau yer.. wihhuuuu.. siriesly… cn ner nih? Dah risau.. Dohh… nk senam… semangat xkuat… adohhhh….

Nih baru masuk minggu ke3 aku amek. Klu xsilap aku lah… pastu… if aku luper… of kos lah aku xmakan supplement tuh. Mmm..xkn nk benti..?? aku abeskn sebotol dulu… tgok cn ner ek..

mmm.. pinggang aku melebar.. n bontot plk.. membesar… huuuuu… cn ner nk pakai kebaya nih. Eheheehee… ada hati lg tuh.. huuu… perlu x aku kawal mkn (selera mkn cam org kebulur. Boleh ker nih???)? Bole gk aku jimat sket. Seb baik g keje pakai bj kurung. Longgar… leh la sembunyik2 sket.
Abeslahhh… punah lah harapan aku nk pakai kebaya pendek nyonya. Ari tu baru jer bincang2 ngn tukang jahit. Berkira2 gk lah aku nk beli bahan ela. Berkecai sudah plan aku tuh… huuuu…

p/s: bb aku dah kene block. Haii… boring lah aku pas nih… *sigh#

Nak Rasa TOM YAM Best??? di sinilah tptnyer~

to be honest, tom yam kt s2 just so-so jer. but, rasa pedas n ingredients yg simple membuatkan aku kerap dtg c2 lebih2 lg klu balik kg. mesti nk pekena brg semangkuk tom yam kt s2.

A lil' sneak peak~

dr jarak dekat

Still, Tom Yam kat sini Best UTK DIMKN.. my mom xmau mkn di sini sbb ada patung. but, aku n adek2 aku taram jer mkn kt cnih~

AMAZINGLY TALENTED 2~

6. LIGHTERS REMAKE ~  these teenagers make a cover for the song Lighters - Eminem & Royce d' 59 feat Bruno Mars.





7. SAND ART ~
















p/s: Sand Art's simply AMAZING~!!!

:: ---***--- ::

Cuti. Yeay!!!

inilah saat yg aku nanti2kn. CUTI !!!

ho ho ho..... BALIK KAMPONG....!!!!!! jgn jeles yer....

i'll be on leave from 26 - 30 Oktober 2011. Yeay, again !!!!

also, don't MISS me, k. eheks!


AMAZINGLY TALENTED~

1. RAPPER GIRL~ A cute liltle nicki Minaj die-hard-fan rapped her "Super Bass" song~




2. IMPERSONATION GONE WILD~ This is just an ordinary Michael Jackson-wannabe dance until.... hahaaa.. nice act!




3. MAGIC SHOW~ He's cute alright. there are alot of this guy's magic show in u-tube. n, he even performed in Malayasia!. so, i juz picked one randomly. vid qualiti menyedihkn. but, u can still watch the show~




4. TURNING 'JUZ SAND' INTO AN ART PIECE~ Ako Tsubaki's masterpiece.. more videos can be found on u-tube.




5. WHAT AN ART!!~  Water can turn into an unbelievable masterpiece!


12 BARISAN DI AKHIRAT

Utk renungan bersama... aku copy n paste di sini..~

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu Baginda menjawab:
Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

wassalam. semoga kita mendapat manfaat bersama...~

PELAM



" PELAM muda ranggup isinya,
sedap dimakan sebagai kerabu,
xperlu bersusah ke pasar segala,
hanya demi mendapatkan Mempelam nan satu,
ha, dengar ni SHimM nk cerita,
boleh jer dpt PELAM free kat rumah aku....~"

-:: cobaan berpantun yg menyedihkan. hah haa..
.


buah pelam di luar pagar rmh sewa aku.. pokoknya renek dan sdg berbuah. masih muda tp, sedap dikunyah bersama gula, kicap+cili, kuah rojak, dan seumpama dgn nya. boleh juga dijadikn kerabu mangga, jeruk atau perhiasan !! wahhh...


berminat? sila kunjungi rumah sy di Taman Serting Utama yer. free of charge!! xperlu wang penghantaran dan tiada charge tersembunyi.


cepat2 sblm kehabisan stok!!!

p/s: 
thx kak zah utk jeruk (diperbuat dr PELAM Serting Utama), kerepek pisang n buah-buahn tu sumer... ~



I cRy.. wHeN i ReAd ThiS sToRy~

KISAH KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU

The following story had cost me my tears~ namun kerana keegoan sdh tentu aku cuba sembunyikan. When my tear's about to fall dr takungan kelopak mata, aku keluar dr bilik ofis aku dgn sehelai tisu. Haha. Hope no one realize it! lol

this story reminds me of my mak so much. I always forgot to consider her feelings. and what she had done for me.. n my other siblings. I always being selfish without thinking of her sacrifices for me. also, love u Abah.. so much~

well... kisah nya sgt pnjg... Here how the story goes:-


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.


Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


::~:: Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen ::~::

~ the end

PATAH

ni citer bulan Ogos yg lepas. huuu...

cermin mata aku patah dua bln pose lepas. time2 aku dpt durian runtuh ari raya.. lah cermin mta aku nk patah pon. pandai tol dia kasik cantik itu timing nyer..

rasa seronot dpt gaji stgh bulan tinggal rasa keciwa jer.. huuuu

Sebelum. ini lakonan semula jer...

selepas: keadaan cermin mata yg patah 2..

natijahnyer... terbang RM 298.00 aku. huuuuu.... apparaa la... saba jer lah aku time tuh~


Cermin mata yang aku gunakan skrg..

Logo aku ni sebijik punyer citer. mood post ni "SEDIH" kn.. tp, dia tros2an senyum plk. huuuuu....

<aku gk yg wat. eheheeheeeee....>

DUIT SYILING MALAYSIA SIRI KE-3

duit syiling terbaru edisi ke-3 ini akan mula digunapakai pada awal 2012. ini adalah kerana duit syiling sedia ada telah berusia lebih 20 thn. xsedar aku masa dah lama berlalu...



Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:



Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.


Penggunaan
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


sumber: Youtube

Debit Advice 2

sambungan ...
i made a few calls (actually, aku ni mcm kene tendang jer. kejap kol call center ini la, kol org itu lah) and aku dpt jwpn kpd persoalan yg wat aku geram. utk pengetahuan, ini bkn kes withdraw duit dr atm atau pembayaran pinjaman melalui pemotongan akaun bank which the owner aware of. itu aku dan ramai org tahu n faham. tp, lebih kurang lah sbb aku xaware pon derang leh wat pemotongan melalui akaun bank aku. yg mn, pihak berkenaan gn istilah standing instructions ngn aku. oke. i'm not a person with accounting background, but i understand fully what standing instruction means!! sepnjg perbualan aku dgn bebrapa call center n peg yg berkenaan, ada sedikit rasa annoy, geram, ptus asa n tertipu gk. huh!

k.  
brg kes. bank statement aku yg aku rujuk online.  
kes. satu hari sabtu yg permai aku tergerak hati nk tgok penyata kwangan semasa aku. so, aku klik maybank2u n come across with Debit Advice in my statement!

ok. i obviously try to understand the situation n myself conclude that biasalah bank kenakn charge ke atas sebarang transaksi kn... aku check amout kuar masuk duit aku.. ok... xde masalah.. sehinggalah aku terpandangkn debit advice yg jumlah deduction nyer agk asing pd aku. of kos aku xpernah wat or agree to such deduction lebih2 lg through my bank account (masa ni aku blum sedar apa yg sdg berlaku yer..). PERSOALANNYA ADALAH, UNTUK APA???? BYR APA??? BERAPA BYK??? i vow to myself i will get to this matter on Monday. so, i did!
result. samting happen to my car (BERI SAKIT~), so aku xdpt nk g bank. it's ok. aku kol bank n slps berckp dgn beberapa org yg of kos pass the baton to one person after another, aku dpt maklumat yg sgt penting bhw A-eon credit yg issue pemotongan tu. then, aku try reach A-eon plak. selepas 'ditendang' beberapa kali, barulah aku dpt berckp dgn pegawai sebenar yg mneguruskan kewangan A-Eon Credit. thank Allah~

his explaination/SOLUTION. dia hightlight ttg standing instructions.

"ini adlh persetujuan pembeli dan kebenaran pihak bank terlibat di mana pihak syarikat (berkenaan) dibenarkan akses akaun pembeli bg membuat pemotongan byrn melalui akaun bank."  
-plis note ini bkn definisi standing instruction, juz apa yg aku phm saja. tq-

 

def sbnr:
"instructions, which may be revoked at any time, for a specific procedure to be undertaken in the event of a specific occurrence; for example, an instruction that money in a savings account for a fixed term should be placed on deposit for a further period when the term expires"




 
oke. aku recall aku ada isi beberapa borang n salah satu borang utk standing instruction nih. mula2 tu aku refuse sign aggreement, tp salesman kt kedai tu kata.. permohonan aku xkn diproses jika borang berkenaan xisi. menurut salesman tu lg, pihak syarikat xkn buat apa2 pemotongan melalui akaun bank jika aku xsetuju. which is NOT TRUE since aku dah sign aggreement kn. BODOH tol aku time tuh. then, aku blindly fill the form. k. i admit its my fault. no questions about that. tros pd pangkal cerita. he said pemotongan yg di buat adalah kerana aku xbayar lg. true. bln ni aku xbyr lg. so, dia buat 5 kali pemotongan utk bln oct yg berjumlah RM72.++. oke... then.. ujung bln nih aku juz perlu byr 261.++ (minus) RM72.++ (plus late charge) RM 30.00 (equal to) RM 19+.++... that's reasonable. klu kedai tpt aku beli n byr brg tu kata aku kene byr full installment, i'll get back to the person-in-charge. u juz wait.



Flashback~
u don't have to read this if ur eyes begin to sore n u get bored juz by reading...
the story gets complicated... as i talk to each person on the line. hmmm... sblm dpt berckp ngn insan terakhir yg mampu bg penyelesaian kpd persoalan yg aku utarakan, this is what i said to them. dan... ada yg terdiam.. mungkin terasa kot. mungkin aku agk rude semasa menyuarakn rasa xpuas hati aku tuh.

what i said to "them".
 <&^%%#$&&***$%@#@$#> let it remain secret k... haha... lebih baik xyh citer kn...


moral values.
i learn alot from this. jika takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai. btol sgt2 peribahasa tuh. kita seharusnya kuat n mampu menanggung risiko dan cabaran dlm hidup. hidup yg sentiasa gembira tanpa ada olah dan speedbum pastinya boring n menyesakkan. sbb xde patih dan manisnya. even semasa mkn pon kita tidak hanya merasa yg manis sahaja bkn..? ikan 3 rasa, sambal belacan, sayur ulaman, tomyam campur juga yg menjadi pilihan. rencah dan rasa yg pelbagai inilah yg menyeri hidup kita.

"jika aku xberani tanggung risiko, xperlulah meminjam kn.. aku kene terima akibatnya.."

liku2 n onak duri kehidupan ini lah yg akn mematangkn sseorg manusia. Ia mengajar seseorang menghargai apa shj yg dipunyai di samping menjalani kehidupan mengikut acuan kehidupan yang diredhai-Nya. biasalah jika kita resah ketika dilanda musibah. namun, stlh musibah tuh berlalu n kita ternyata berjaya mengharungi nya, kita akn lega dan mengenangkan semua tu sbg dugaan dan cabaran hidup yg perlu ditempuh. Ia menjadi pengalamn hidup yg paling bermakna. bkn semua org melalui apa yg kita lalui kn...

aku hanya sekadar berkongsi kisah dan cerita. krn setiap manusia berbeza, jgn pk aku berckp ttg semua org. ini adlh apa yg aku rasa, pk, selami dan alami.

 
the end~

BERI Sakit~ BERI juga Makhluk-Nya~

patotlaaah... sejak beri kuar bengkel ari tuh, dia cam LAIN jer. asek DIAM.. aku ni pon... masih xsedar yg BERI SAKIT sebenarnya. beri pon langsung xRESPON ngn kehadiran aku.

mm.. beberapa hari lepas, tayar depan, kiri bocor. aku g kedai tampal. hari ni.. bocor lg.. tpt yg sama.. terok plk tuh.. huuuuu.. sampai terkeluar soket !!






seriesly, aku bkn nk jdk pelik n giler di ruangan post aku nih. jauh sekali nk dptkna PUBLISITI MURAHAN. tp aku percaya setiap benda yg ada asal usul nya tu... HIDUP. BERNYAWA. jd, beri yg berasal dr besi yg ditempa dari bahan semulajadi bumi juga... HIDUP. aku xkesah pon klu org kata aku gila. sbb berdasarkan pengalaman aku selama nih, jika kita selalu berbaik, belai barang2 kita. brg2 tuh xkan menyusahkan atau xkn cpt rosak! betol.. xcaya? SUDAHLAH...

hmmm... inilah yg terjadi pd Beri.. DIA DAH XCERIA CM DULU.. AKU BOLEH RASA. kn beri tuh kereta aku. aku tau lah... dulu, masa aku kt JB, aku bwk moto utk g-balik keje. hari2 (Isnin-jumat) of kos. if ada OT. hujung minggu pon aku keje separuh hari. selalunya... hujung minggu, bila bosan o xde mende nk buat, aku berbual2 ngn moto tuh. sampai housemate aku suspect aku giler. hmmm.. biarlah.

walaupon moto tu bkn moto aku (moto pk cik aku), tp, aku dpt rasa keserasian tuh. mcm aku ngn beri skrg lah. klu ada yg rasa nk muntah, silakan.. tp, ini kisah benar berdasarkan pengalaman aku sendiri. moto tu, walaupon kendisyen nyer xbrapa baik, senang cerita.. dah byk sparepart yg tunggu masa jer hancur, tp... moto tuh kuat betul. boleh g segamat (ngn sorang membe yg agk berat dr hitungan jisim beliau) walaupon kene menanggung beban penumpang yg tinggi. masa tuh halaju moto nih berkurang dgn beban. klu aku sorang, ok jer moto tuh. if bwk org, mmg xble blah. to be honest, kendisyen moto tuh telah beberapa kali menyebabkan aku terkandas kt jln, tp, still.. aku selalu bernasib baik. dan akhirnya.. moto tuh masih boleh digunakan mcm biasa. cuma, ada sekali tu.. aku xmenghargai moto aku tu.. hmmm...bila aku pilih food over the motocycle.. its the end..

beri plak, selama nih dia xpenah menyusahkan aku. aku jer.. yg xjaga beri tol2. asek melanggar n dilanggar jer. cian beri menanggung MASALAH akibat teknik pemanduan aku yg terok n reckless.

hmmm... kita sbg manusia nih tahu hakikat yg tumbuh2an tu hidup kn.. tp, manusia ttp tebang n bunuh tumbuh2an tuh. even, ada kajian yg mengatakan tumbuh2an mampu memberi respon terhadap sesuatu. cth nya mcm kajian yg dijalankan ke atas 2 benih pokok terhadap muzik instrumental dan muzik metal. ternyata pokok yg didendangkan dgn lagu2 berentak instrumental tumbuh subur dan sihat, manakala pokok kedua.. terbantut dan tidak segar.


pernah x dengar citer ttg seekor singa yg masih mengenali tuan2nya walaupon selepas setahun dilepaskan di hutan afrika? siap peluk2 lg. emosi gk aku masa tgok video pertemuan singa ngn 2 org tuan nya (2 org lelaki) nih. inilah bukti haiwan juga mempunyai perasaan dan mampu bereaksi dgn hubungan keserasian antara makhluk. mcm tu juga lah apa2 shj mende yg diketahui asal usulnya mcm perabot yg berasl dr pokok, tayar yg berasal dr pokok getah, stalagtik, stalagmit yg berasl dr pembentukan batu kapur dan sbgnya. kesimpulannya, bkn manusia jer makhluk Allah.. tumbuh2an, haiwan, jin, syaitan, benda2 kt sekeliling kita, batu n etc2 juga MAKHLUK. makhluk2 ini akn saling mengenang jasa sesama mereka...






Related Video:






ehem.. lain plk pergi nya aku nih. ehem.. skrg, bila aku dah sedar BERI SAKIT, aku kene buat samting kn... hm... it requires MONEY. its ok, I'LL C WAT I CN DO.. 

beri.. beri... maafkn mama yer..