DUIT SYILING MALAYSIA SIRI KE-3

duit syiling terbaru edisi ke-3 ini akan mula digunapakai pada awal 2012. ini adalah kerana duit syiling sedia ada telah berusia lebih 20 thn. xsedar aku masa dah lama berlalu...



Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:



Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.


Penggunaan
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


sumber: Youtube

0 comments:

Post a Comment

Thank You for Your Message(s)..