Bajet 2012 - MENARIK, MELEKAT, DA BOOM!!!

Bahagian Pertama
Bajet 2011 atau Belanjawan 2012 telah selamat dibentangkn pd 07 Oktober 2011 di Dewan Rakyat oleh PM Malaysia ke 6. Beliau menyifatkan Belanjawan kali ni sbgai “Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia”. btol ker? baca Text penuh or kaji ucapan beliau utk membuktikan nya. ye lah.. siaran langsung kn dah lepas. tgok rakaman jer lah utk ulang tayang ucpn beliau. di sini aku telah berbaik hati menyediaka link berkaitan utk tatapan dan kajian terperinci. leh view bebila masa u have the time k.


Bahagian Kedua
Teks Penuh BELANJAWAN 2012.


Bahagian Ketiga
Intipati BELANJAWAN 2012 yg menarik, tertarik, melekat n da boommmm!!!!


61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

::~:: yg menarik ::~::
.


115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.
::~:: yg melekat ::~::
.


Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


::~::
yg da boommm!!! ::~::
.


Bahagian keempat
haha.. yg paling menarik sudah tentunya kenaikan gaji. selebihnya bonus ujung tahun nih and also bantuan pengajian. bantuan pengajian nih memberi manfaat pd sesiapa yg berniat melanjutkan pengajian. oke.. aku xde nk komen pape pasal bajet nih juz nk menyatakan rasa puas hati ngn intensif yg kerajaan bg nih. kenaikan gj tu paling memberi manfaat pd penjwat awam sbb benefitnya kita rasa berterusan berbanding bonus yg diberi sekali sahaja. oke.. berkaitan kenaikan gaji.. ada membe kt FB post pembahagian kenaikan gaji nih.


nth tol nth x.. kita tungguuuuuuuu.....

p/s: thumbs up high!!! (^_^) I LIKE ~

0 comments:

Post a Comment

Thank You for Your Message(s)..