Ramadhan Al-Mubarak..

Hari ni dah masuk hari ke-7 aku berpuasa di bulan Ramadhan. bln yg diwajibkan seluruh umat Islam berpuasa, menahan lapar dan dahaga, mengawal diri dari melakukan maksiat2 dan dosa dari semua segi. bukan sahaja maksiat mata, malah tubuh badan yang lain juga.
______________________+++++******+++++____________________

Sabda Nabi s.a.w.:
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 

___________________________________________________________


Keistimewaan Bulan Ramadhan

1. Bulan yang penuh Barakah
2. Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
3. Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
4. Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
5. Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
6. Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
7. Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
8. Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”

"Keinsafan di Bulan Ramadhan"

____________(((((*************------+------**************))))__________
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Thank You for Your Message(s)..