Alahai Udang Geragau~

Credit to Siti Raodah binti Jani
Date Sent: Thursday, 23 July 2009 16:46:51

dr meja PENGARANG
a friend send this emel to me. it was a long time ago that i have forgotten all about it. its about How Udang Geragau being prepared under scorching sun. to all taste buds out there, u might want to dig-in into any dishes prepared using these shrimps.. just imagine how it will taste like in your favourite mee goreng or laksa.. eeuuuyyyhhhh... cuba lihat, pk n selami pengalaman PENULIS yang melihat sndr bagaimana udang2 ini dijemur sblm dikumpul dan diedarkan untuk dijual. well, the story starts like this..


KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
nmpk menyelerakan tol udang2 nih.. goreng pon sodappp..
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
2 org pekerja sdg menjalankan tugas masing2 membalik2 kn udang2 geragau yang dijemur..
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
kehadiran PENULIS yang sebok mengambil gambar tidak dipedulikan.. ker... xperasan..???
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
penyapu tu bkn lepas gn utk menyapa laman rmh u ker..?? eee...
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
gn kasut ker bro.. men pijak2 g2. bersih ker kasut u tu..??? xde sivik tol~
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
binatang peliharaan sapa yang terlepas kandang neh??
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
really, "who let these dogs out???" xde sivik tol men pijak2 jer jemuran udang tuh. igtkan manusia jer yang ignorant, hanjeng pon sama jerk~
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
Ahaaa... hanjeng2 nih gerenti xg sekolah.. peringatan: tuan anjing sila hanta anjing anda ke sekolah. bia educated sket xde lah sesuka ati memain ngn produk makanan manusia
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
what r u dogs sniffing here n there?? cari emas erk?
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..gambar INI menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran!
dasar hanjeng xg sekolah. sedapp jer ko siram baja berdekatan ngn udang2 yang dijemur tuh. habeslaa... lambat lg la nk kering udang2 tu sumer... uweekkk!
Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


sepatah 2 kata dr PENGARANG
sikap IGNORANT pengusaha udang geragau ni sungguh mengecewakan. mereka boleh mengambil inisiatif memagar kawasan jemuran udang demi menyedari kehadiran "anak2 terbiar" yang suke kencing n mebi berak merata nih. selain tu, pangkin buatan sendiri juga boleh dibuat untuk meletakkan udang2 ini semasa proses jemuran atau pengeringan. xde lah pekerja2 tu pijak sesuka hati tanpa rasa bersalah langsung. kn dah hari2 wat, mn ada rasa bersalah lgik. Lebih baik aku makan ikan kering jer lah. at least, ikan2 tuh dijemur kt ampaian (not thinking straight, juz thinking positive)..

melihat sikap "MELEPASKAN BATUK DITANGGA" pengusaha dan pekerja2 ini, kita tidak boleh terus melabel dan menuding jari megatakan produk mesia low kualiti dan tidak bersih, jka begitulah halnya, siapa lg yang akan menyokng barangan buatan mesia. walaupun ini satu realiti, namun hakikatya hanya segelintir sahaja pengusaha makanan yang melakukan perkara sebegini. masih banyak lg pengusaha kecik dan sederhana yang menitikberatkan kebersihan, dan kualiti produk makanan yang dihasilkan. kita tidak bolehlah bersikap berat sebelah dan memulaukan produk buatan usahawan tempatan begitu sahja.


BIAR PEKAK KN TELINGA JIKA MENDENGAR KEJAHATAN ORG DIPERKATAKAN, JGN PEKAKKAN TELINGA BILA NASIHAT DAN TEGURAN DIUCAPKAN~
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Thank You for Your Message(s)..