Showing posts with label Real Talk. Show all posts
Showing posts with label Real Talk. Show all posts

Menyakiti tanpa niat

Does other person’s misery an entertainment to u?

Pernah x tanyakn soklan ni pd diri sdr?

Pernah. Bila aku muhasabah diri aku, aku akn mula tanyakn soklan nih. Pelik. Tp, tu lah hakikat nya. Selalunya tanpa kita sedar/xsedar kita buat/kata sesuatu yg menyakitkan seseorg…. n didepan/blkg org tu kita akn snyum/ketawa (atas sbb2 tertentu. Klaka, o anything..). selain itu, apa yg terlintas d pikiran kita??? Cuba Tanya diri soklan nih~ agk2 nya apa jwpn yg kita peroleh?

kisah 1:
dlm 1 program di tempat kerja yg aku sertai, ada seorang hamba allah nih tergelincir masa satu aktiviti bersama student berlangsng. Keadaan court yg licin atr penyebabnya. Nk dijadikan citer.. sms kejadian, aku sdg mengambil video. Demi terpandangkn situasi tu, aku spontan tergelak. Klaka! Itu yg aku pk masa tu. Namun, aku sekadar gelak tanpa membantu! Slps kejadian, krn rasa kesal… aku hanya mampu minta maaf pd hamba allah itu, sbb aku gelakkan beliau tanpa membantu. Agk2 apa perasaan kita jika kita berada di tpt hamba allah tu?

Kisah 2:
Seorg hamba allah di tpt kerja aku nih sgt rajin dan komited terhadap tugas dan amanah yg diberi padanya. Namun, org2 sekeliling mengata beliau dan menggunakan ayat2 gurauan (yg menyakitkn hati hamba allah ini) dan sinis yg menyebabkan hamba allah ini marah. Salahkah sekiranya kita menjalankan t/jwb yg diamanhkn dgn sehabes baik? Apa yg akn kita lakukan sekiranya kita berada di tpt hamba allah ini?

Kisah 3:
Wrestling. Mmg sesuatu yg xasing lg pd peminat seni gusti terlampau. Telah diwar2kn pd umum bhw segala apa yg dipaparkan di kaca tv hanyalah lakonan semata2 dan ia merupakan pembohongan terbesar rancangan reality tv. Itulah sbbnya aku berhenti menonton citer gusti. Segala2nya adlh pembohngan dan lakonan sahaja. Pesoalannya adlh, kpd sesiapa yg menonton rancangan wrestling ini… adkh mrk sedar betapa mereka melihat ksakitan dan kesukaran (pain n misery) penggusti sbg satu bentuk keseronokan (entertainment) ? Mmglah mrk berlakon semata2 dan telah melalui lathn2 intensif agr mrk tidak cedera, namun… setiap kali tubuh mereka dihempas ke lantai atau dipukul dgn apa2 shj objek keras dan berdarah… adkh itu juga satu lakonan? (“penonton bersorak penuh keterujaan!!”)

Kisah 4:
Seorg hamba allah yg di dlm kesukaran dan memerlukan pertolongan krn terlibat dgn kemalangan.. ramainya mrk yg datang menolong… tolong tgok… sambil mmperlahankn knderaan mrk hingga berlaku kesesakn. Terpk kah mrk bhw jam yg terjadi boleh melambatkan perjalanan ambulans utk membawa mangsa kemalangan ke hospital? Ini belum cerita lg mrk2 yg hilang sabar sehngga menggunakan ruang jln kecemasan! dlm deretan kenderaan d jln tu... ada ramai org dgn tujuan yg pelbagai.. Bagaimana dgn mrk yg sudah terlambat ke sesi temuduga? Ibu yg sdg sakit hdk bersalin dan dlm perjalanan ke hospital? Pakcik yg sakit jantung di dlm ambulans? semuanya terperangkap dlm kesakan jln raya!! henti2 kn lah menonton insiden semata2 mahu menceritakannya kpd org lain atau kerana alasan “aku rasa curious lah, saje jer nk tau..!!”. Bknkah lebih baik memandu tros agr memudahkan ambulans tiba dan menyelamatkn mangsa kemalangan? Apa akn kita buat jika kita berada di tpt mangsa?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isk3.. tanpa kita sedari… inilah yg kita lakukan. Menyakiti tanpa niat. Kedengaran kelaka.. tp.. bayangkan jika kita yg berada di tpt mrk (mangsa). penah terpk kh kita akn kesan perlakuan atau kata2 kita jg mampu mempengaruhi hidup seseorag yg kita knal @ tidak. in good way or a bad way...

Aku slalu wat mende nih. Sedar @ x… mak… abah….close friends…. kwn2… strangers… not-so-close friends…. I’m so sorry…

adkh diam dan buat hal sdr jalan terbaik utk elakkn perkara ini berlaku???

PELAM



" PELAM muda ranggup isinya,
sedap dimakan sebagai kerabu,
xperlu bersusah ke pasar segala,
hanya demi mendapatkan Mempelam nan satu,
ha, dengar ni SHimM nk cerita,
boleh jer dpt PELAM free kat rumah aku....~"

-:: cobaan berpantun yg menyedihkan. hah haa..
.


buah pelam di luar pagar rmh sewa aku.. pokoknya renek dan sdg berbuah. masih muda tp, sedap dikunyah bersama gula, kicap+cili, kuah rojak, dan seumpama dgn nya. boleh juga dijadikn kerabu mangga, jeruk atau perhiasan !! wahhh...


berminat? sila kunjungi rumah sy di Taman Serting Utama yer. free of charge!! xperlu wang penghantaran dan tiada charge tersembunyi.


cepat2 sblm kehabisan stok!!!

p/s: 
thx kak zah utk jeruk (diperbuat dr PELAM Serting Utama), kerepek pisang n buah-buahn tu sumer... ~



I cRy.. wHeN i ReAd ThiS sToRy~

KISAH KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU

The following story had cost me my tears~ namun kerana keegoan sdh tentu aku cuba sembunyikan. When my tear's about to fall dr takungan kelopak mata, aku keluar dr bilik ofis aku dgn sehelai tisu. Haha. Hope no one realize it! lol

this story reminds me of my mak so much. I always forgot to consider her feelings. and what she had done for me.. n my other siblings. I always being selfish without thinking of her sacrifices for me. also, love u Abah.. so much~

well... kisah nya sgt pnjg... Here how the story goes:-


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.


Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


::~:: Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen ::~::

~ the end

DUIT SYILING MALAYSIA SIRI KE-3

duit syiling terbaru edisi ke-3 ini akan mula digunapakai pada awal 2012. ini adalah kerana duit syiling sedia ada telah berusia lebih 20 thn. xsedar aku masa dah lama berlalu...



Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:



Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.


Penggunaan
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


sumber: Youtube

Bajet 2012 - MENARIK, MELEKAT, DA BOOM!!!

Bahagian Pertama
Bajet 2011 atau Belanjawan 2012 telah selamat dibentangkn pd 07 Oktober 2011 di Dewan Rakyat oleh PM Malaysia ke 6. Beliau menyifatkan Belanjawan kali ni sbgai “Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia”. btol ker? baca Text penuh or kaji ucapan beliau utk membuktikan nya. ye lah.. siaran langsung kn dah lepas. tgok rakaman jer lah utk ulang tayang ucpn beliau. di sini aku telah berbaik hati menyediaka link berkaitan utk tatapan dan kajian terperinci. leh view bebila masa u have the time k.


Bahagian Kedua
Teks Penuh BELANJAWAN 2012.


Bahagian Ketiga
Intipati BELANJAWAN 2012 yg menarik, tertarik, melekat n da boommmm!!!!


61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

::~:: yg menarik ::~::
.


115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.
::~:: yg melekat ::~::
.


Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


::~::
yg da boommm!!! ::~::
.


Bahagian keempat
haha.. yg paling menarik sudah tentunya kenaikan gaji. selebihnya bonus ujung tahun nih and also bantuan pengajian. bantuan pengajian nih memberi manfaat pd sesiapa yg berniat melanjutkan pengajian. oke.. aku xde nk komen pape pasal bajet nih juz nk menyatakan rasa puas hati ngn intensif yg kerajaan bg nih. kenaikan gj tu paling memberi manfaat pd penjwat awam sbb benefitnya kita rasa berterusan berbanding bonus yg diberi sekali sahaja. oke.. berkaitan kenaikan gaji.. ada membe kt FB post pembahagian kenaikan gaji nih.


nth tol nth x.. kita tungguuuuuuuu.....

p/s: thumbs up high!!! (^_^) I LIKE ~

Temubual : Dr Mahathir VS Yahudi 2

Full Talk between Ayahanda Tun n Stephen Sackur 
on
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd


It's a hardTalk alright~ strong defense by Ayahanda Tun n aggressive approach by Stephen Sackur, the host!
---------------------------------------------------------------------------------

Part 1









Part 2








Part 3









Related videos with Translation for better understanding~
1. Mahathir in Hardtalk With Stephen Sackur | Part 1/3 - Part 1 (terjemahan: ok la..)
2. Mahathir in Hardtalk With Stephen Sackur | Part 2/3 - Part 2 (terjemahan: ok la..)
3. Mahathir in Hardtalk With Stephen Sackur | Part 3/3 - Part 3 (terjemahan: ok la..)
    BBC HARDTalk - Dr. Mahathir 3/3 - Part 3 (terjemahan: good)

credit to a facebook friend who gave me related links on the talk ~ ~

Temubual : Dr Mahathir VS Yahudi

KELANTANGAN 'SUARA' ANAK MELAYU.. ANAK MALAYSIA.. ANAK BANGSA..




Tokoh negara yang amat ku segani n adore~

mendengarkan beliau membela negara kita dan mempertahankan tindakan serta kata2 beliau membuatkan aku rasa bangga menjadi rakyat malaysia. Apabila beliau mempertahankan kata2 nya yg seolah2 menyelar Barat menggunakan bahasa yang menurut host rancangan tu TUN make mistakes for using such words.... beliau (Tun) menjadikan bangsa Malaysia sbg contoh. he said that we (malaysian) didn't like to be called by names (as they/the westerners may have called) such as "lazy, incompetent, untrustworthy malays" too but we could not find a way to make sure our voices be heard (by western). that's why, he.. acknowledging he's status are able to voice out what we Malysians can't. one word guys... BEAUTIFUL.

beliau yakin dalam membenarkan tindakan2 beliau yang dipersoalkan oleh host rancgn tersebut he said, "which is TRUE. U MUST ADMIT THAT" || "THAT IS VERY TRUE" || "YES. It is necessary" without hesitating even a bit. NICE ONE!

semasa beliau berkata " I'M STATING FACT. I'M WILLING TO SAY THAT AGAIN.. N AGAIN.. BACAUSE THIS IS WHAT HAPPEN." i respect him even more~

dan, APABILA BELIAU dikatakan sebagai anti-sematik. beliau dengan lantang menyuarakan bantahan beliau terhadap tuduhan tersebut krn beliau bkn anti-sematik dan... "ANTI-SEMANTICSM IS CREATED BY JEWS HIMSELF. WE CANNOT SAY ANYTHING. IN FACT, JORNALISTS HAS BEEN ARRESTED FOR SAYING SOMETHING AGAINST THE HOLOCAUST N JAILED FOR 3 YEARS. WHERE IS THE FREEDOM OF PRESS???" He put on a smile. a smirk i would say. n the host stalled for a while b4 continuing the SPEECH (debate) with other question. i personnally like this one. haha.. he got the jews there~

oke.. bila ayahanda tun menjawab soalan seterusnya about him being anti-semantic, he still insist on saying that IT'S ALL FACT! . The host then deliberately putting aside the "FACTS" and try to understand Tun's "LOGIC"! Seems like he is without question has losing his words to HANTAM Tun. the cat nearly got his tongue! NICE WORK AYAHANDA~ thumbs up!

TUN.. WITHOUT ANY DOUBT. HE IS A MAN WITH WISDOM AND UNDERSTAND EXACTLY WHAT HE'S DOIN', what he need N WHAT HE SAID. he takes all responsibility towards his actions n words.

lastly, bila host to said Tn, as a leader of the opposition... he should be QUIET, Tun did not hesitate when he said, "WHY SHOULD I BE QUIET? U MEAN TO SAY WHEN THEY'RE (the western/jews) DOING SOMETHING THAT IS WRONG TO MY COUNTRY N I SHOULD NOT SAY ANYTHING? I WOULD BE IRRESPONSIBLE IF I WERE TO DO THAT?"

i juz love to heard WISE MAN talks n straightened up his/her POINT OF VIEW!! JOB WELL DONE TUN. Ternyata Ayahanda TUN BERJAYA MEMATAHKAN SEMUA SOALAN / TDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH host rancangan tersebut yg terang mewakili Yahdi dalam 'perdebatan' ini.

tabik spring.. toing3456x

Major Service : Wish I’ve Got Other Choices..

date: 4th September 2010
event: p Bukit Pasir.. Eon Servis.. semata2 nk servis Beri ku yang disayangi.. heh

__________________________________________________________________



This is my 1st Major Service pada km 23+++. ahahhaaaa.... dikesempatan ini, nk g ucapan time kasih kt Beri sebab telah menyebabkan mama bankrap a.k.a pokai dgn resminyer.. tq Beri.. huk huk.. juga tq Beri sbb mama sempat cuci mata tengok mekanik chomel.. hehe..

Penantian sesugguhnya satu penyeksaan
Kt dlm Customer Lounge ni lah aku dpt hobi baru iaitu ‘mengumpul boring’. Hobi nih lebeh murah kos nyer berbanding mengumpul stem. Percayalah!

Beri dah siap diservis (slps 2j lebeh)! Kiut kn mamat yg servis beri tuh.. hehe nk amek gambar dekat2, malu..!!!
Aku servis kete selepas lebih seriban. Jahat nyer aku, cian nyer beri...

Mesti xphm kn apa yang aku cuba sampaikn daripada gambar kt atas nih. Meh, aku terNGKn.
1. Aku sepatotnya servis kete pd km 22790, tp, km 23963 br aku servis. Apa daaa... dah lebih seribu km tuh
2. Next servis adlh pd km 33963. so, lama lg la tuh. Lebih kurang 2 bln lg.. or mebi dlm 3 bln lg.. klu aku pandai sep, 5 bln pon ble. Eheks, yg tu.. in my dreams laa..

Berapa aku habes..??? huh, menggigil jemari aku nk kuarkn wit. byk tuh. Huuu.. lebih 450hengget tu der.. haha.. aku pokai dgn rasminyer! Dah lah time nk rayer...

Resit servis kete.. huuu... bankrap xyz aku...

Bapak aku kata, klu kt proton mmg g2.. derang dah sedap2 jer markap rege kt brg, pastu servis pon masih nk cekik. Klu korang tgok resit kt atas nun, mmg la xletak, labour servis/workmanship nyer baper, tp, derang punyer cekik baiiikk punyer sbb kt no 8 tu lah labour servis dier tersembunyik.

Hmm.. apa bole buat.. xnk ilang waranty nyer pasal. Terpaksa la... huuuu... (-_-“)(_ _ “)

I'm SUPER BROKE!! huuuu...

oooppssss... jgn salah paham k. bukannya aku ade kuasa tersembunyik (yg baru aku nk reveal skrg) cam flashman, oltroman tuh sumer. jauh sekali aku boleh bertukar jadik beruk bila aku ngah stress or kepenatan aka kelaparan, tp, aku kini telah menjadi sgtlah tidak mampu (dr segi ekonomi sejagat.. hmm. bahaya tol tuh). huuuu... nk beli 'minuman' utok Beri (isi minyak kete) pon aku terkial2. mengharap dapat duit raya?.. hhmmmppphh.. aku yang patot bagi wit raya, bkn nyer aku yang menerima! nih dah terbalik kot nih.

EhEhEhEee.. raya nih, aku dah plan nk tebalkan muka wat xtau jer bila g umh sedar or kengkawan... ye lah, aku kn dah pokai. so, xdapeklah nk bagi wit rayer untuk 'ank2 kecil' taon ini, so, mestilah bermuka tembok bila kene 'serangan' kanak2 yg 'kelaparan' cam zombie di bulan syawal nanti. yap, aku kene kuat menepis godaan berupa pandangan mata kanak2 yang penuh pengharapan supaya aku seluk kocek or dompet n bg derang wit raya.. huuu... semoga aku berjaya (doakan aku k..). chaiiyooikk!!!!! ajaj2!! fighting!!!!

ehem.. ade x sesapa yang nk bersedekah...??? wat pahala dibulan belated-ramadhan aka bln syawal nih...?? (klu ade, aku nk letak nama yang borang penerimaan) eheh..xtau malu plk aku nih.. eeee.. iyerlah. leh lah wat tambah2 pahala korang kn.. bersedekah barang se rat or dua rat kt aku.. ehehe.. aku dah stat menembok kn diri aku. xtau malu mintak wit raya ngn org.. huuuu... sori k, kengkawan. aku ngh desperate nih. hehe..

HI, HI SYAWAL..
anyway.. korang jgn termakn plk ngan stetment berani mati aku yang poyo giler nk mintak korang sedekah wit raya nih. sebenarnyer, niat aku suci dan murni k... (bkn suci dlm debu k, bak kate membe kolej aku si mizah tuh. haha..) ehehee.. aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kt sumer yang baca blog aku nih. aku juz bergurau senda bg menambah keceriaan ptg hari ini sahja. maklum lah, ARI NIH KN LAST POSE.. SOK PLK 1ST DAY RAYER... Ehemm. klu yer pon aku dah sengkek.. giler2 sengkek.. xsampai ati aku nk meminta2 dr korang yang sememangnyer pemurah/baik hati/xkedekut n kaya siket dari aku tuh. haha.. jgn amek ati tau.. juz nk berbudi pada diri sendiri ngn wat lawak giler bodoh cm nih.

skrg, korang mesti dapat agk yg mood GLOOMY aku yang sejak dua menjak nih dah pon bertukar kepada mood HAPPY!!! dengan jayanya.. thnks to myself sbb berjaya balik ke kg dgn selamatnyer.. dimana, aku tanpa segan silu telah membawa kereta dengan sangat berhemah lagi tertib (average 60km per hour jer beb.. bangga plk aku rasa.. hmmppsss!). hah haaa.. xsempat aku nk mintak maaf kepada beberapa kereta yang telah dengan baik hatinyer menekan horn bg menyedarkan aku dr terlena dibuai mimpi indah (aku balik tgh hari, xsangka akn mengantuk dlm perjalanan balik. bawak kete plk slow jer.. tu yang terdodoi tuh. huuu...). anyway, jgn risau, tiada binatang ternakan yang meninggal akibat ketakutan pon dlm cerita aku ini.

BYE, BYE RAMADHAN.. 
akhir kata.. aku telah menjadi malas bersolat tarawikh selepas melalui "edah" (peod) selama 7hari. sesungguhnyer aku sangat2 rugi. namun aku mengaku kesalahan itu tanpa segan silu dan aku rasa sangat menyesal yang amat. ahahaa.. sori, geng. jap agi aku habes mengarut. sket jer lagi... k... itu jer.. cau cin cau n selamat menunaikan ibadah puasa yang terakhir untuk tahun ini..

AKU PASTI AKAN MERINDUIMU RAMADHAN... 

wassalam...